CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 23, 2009

~story story~

*Story 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari

jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake,

aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah

pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku

marah dia dalam garaj kereta rumah dia.



Story 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang

menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina

cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya

kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A,

sempat makan lagi.

Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan

anjing laut."



Story 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong

berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong

merah tu?"


Story 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang

dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan

makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan. Takut

dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la,

dia takut jadi pucat dan putih."

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.


Story 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang

kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah

buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu

disoal siasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk

membantu siasatan."

"Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa

sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas helikopter tu..."


da abesy da story...sajew jew nk story bnd neh...kuikui...=)

0 comments: